Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM LAWATAN KERJA KE STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR MARIN AUTOMATIK (CM02M) PULAU UNDAN, MELAKA DI BAWAH PROGRAM PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR (EQMP)
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 23/12/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah mengadakan Program Lawatan Kerja Ke Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Automatik (CM02M) Pulau Undan, Melaka di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP) pada 21 September 2022 dengan kerjasama Seksyen Kawalselia Konsesi dan Pengawasan dan Pakar Scieno Transwater Sdn Bhd. Program tersebut disertai oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu Pejabat dan pegawai-pegawai dari Bahagian Air dan Marin.
Tujuan program lawatan tersebut diadakan adalah sebagai tinjauan teknikal di lapangan bagi pemantauan Stesen Pengawasan Kualiti Air Marin Automatik di bawah Program EQMP.