Penerangan
Satu sesi Taklimat Pra-Audit Bagi Projek NKEA GREATER KL/KV: (EPP5) River Of Life (Sungai Gombak & Sungai Klang) kepada Jabatan Audit Negara (JAN) telah diadakan pada 14 Oktober 2022 di Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat.
Taklimat yang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Jamal Affendy bin Shahar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu Pejabat adalah berkenaan penglibatan dan tanggungjawab JAS dalam projek tersebut yang merangkumi aspek penguatkuasaan premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan pelaporan kualiti air sungai dalam kawasan River of Life (RoL).
Sesi ini melibatkan kehadiran seramai 11 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri Selangor, JAS WP Kuala Lumpur dan wakil-wakil Jabatan Audit Negara.