Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penilaian Laporan Kemajuan 1 Kajian Pembangunan Total Maximum Daily Load (TMDL) Bagi Sungai Perai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 11 Oktober 2022 di JAS Ibu Pejabat. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan Laporan Kemajuan 1 tersebut secara menyeluruh sebelum dimuktamadkan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin JAS Ibu Pejabat yang turut dihadiri oleh Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang dan Encik Hazimi Hamid, Ketua Cawangan, JAS Cawangan Kulim, Kedah.
Kehadiran ahli-ahli mesyuarat adalah seramai 34 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, wakil Jabatan/ Agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pihak perunding kajian, Wiranda (M) Sdn. Bhd.