PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KURSUS PEMBANGUNAN INVENTORI PUNCA PENCEMARAN BAGI PENETAPAN TOTAL MAXIMUM DAILY LOAD (TMDL)

DOE WP Putrajaya 23/12/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS PEMBANGUNAN INVENTORI PUNCA PENCEMARAN BAGI PENETAPAN TOTAL MAXIMUM DAILY LOAD (TMDL)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/12/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menganjurkan  Kursus Pembangunan Inventori Punca Pencemaran Bagi Penetapan Total Maximum Daily Load (TMDL)  selama 3 hari pada 3 – 6 Oktober 2022 di Hotel Ixora, Perai, Pulau Pinang. Kursus ini adalah salah satu daripada beberapa siri latihan berkaitan TMDL di bawah Pembangunan Keupayaan Modal Insan (Capacity Building) dalam usaha mewujudkan resource person dalam konsep dan aplikasi berkaitan TMDL. Kursus ini yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu Pejabat turut dihadiri oleh Pengarah JAS Pulau Pinang dan Pengarah JAS Perlis. Kursus ini telah dikendalikan oleh kumpulan pakar daripada perunding Wiranda (M) Sdn. Bhd.  dalam bidang teknologi geospatial untuk pembangunan inventori punca pencemaran. Seramai 35 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri, Badan-Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri, dan pihak pemegang taruh di Negeri Pulau Pinang dan Kedah. Objektif kursus ini adalah untuk memantapkan modal insan pegawai Jabatan/ Agensi berkepentingan dalam meningkatkan dan menambah ilmu pengetahuan berkaitan proses pelaksanaan kerja-kerja pembangunan inventori bagi punca-punca tetap dan tidak tetap yang berpotensi memberi kesan kepada carrying capacity sesuatu sungai.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan