Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menganjurkan Seminar Pendekatan TMDL : Solusi Pencemaran Air Jangka Panjang pada 3 Ogos 2022 di Hotel Pulse Grande, Putrajaya. Seminar ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, strategi dan maklumat pelaksanaan TMDL oleh pakar kualiti air dan agensi pelaksana di samping memberi kesedaran dan pengetahuan untuk menyebarluas dan membudayakan pelaksanaan TMDL sebagai halatuju kaedah kawalan pencemaran air di seluruh negara. Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Bahagian Air dan Marin JAS Ibu Pejabat.
Penceramah-penceramah dan tajuk-tajuk ceramah adalah :
1. Dr. Abdul Rani bin Abdullah, Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. - Senario Kualiti Air di Malaysia
2. Dr. Ir. Zaki Zainuddin, pakar kualiti air - Application of TMDL in Malaysia
3. En. Nazifi bin Nawawi, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) - Pendekatan TMDL – Perkongsian Pengalaman LUAS
Seramai 60 orang peserta telah menyertai seminar ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri, Jabatan/ Agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.