Penerangan
Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bagi Penilaian Laporan Insepsi Kajian Pembangunan Total Maximum Daily Load (TMDL) Bagi Sungai Perai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 5 Ogos 2022 di JAS Ibu Pejabat. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan Laporan Insepsi tersebut secara menyeluruh sebelum dimuktamadkan.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Bahagian Air dan Marin JAS Ibu Pejabat yang turut dihadiri oleh Puan Sharifah Zakiah Syed Sahab, Pengarah JAS Pulau Pinang.
Kehadiran ahli-ahli mesyuarat adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Negeri, wakil Jabatan/ Agensi Kerajaan berkaitan dan pihak pemegang taruh daripada Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang yang juga merangkumi Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri serta pihak perunding kajian, Wiranda (M) Sdn. Bhd.