PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KURSUS WATER QUALITY AND WATER QUALITY MODELING LEVEL 2

DOE WP Putrajaya 23/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS WATER QUALITY AND WATER QUALITY MODELING LEVEL 2
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/12/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Ibu Pejabat telah menganjurkan  Kursus Water Quality And Water Quality Modeling Level 2 selama 3 hari pada 3 – 6 Julai 2022 di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak. Kursus ini adalah sebahagian daripada siri kursus yang dirancang merangkumi beberapa peringkat. Peringkat pertama (Fundamentals) telah diadakan pada tahun lepas (2021) dan pada tahun ini peringkat kursus adalah peringkat 2 (Level 2).Kursus ini yang telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Bahagian Air dan Marin JAS Ibu Pejabat telah dikendalikan oleh Ir Dr. Zaki Zainuddin yang merupakan pakar dalam bidang kualiti air. Seramai 22 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri, Badan-Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri, dan Jabatan/ Agensi Kerajaan yang dijemput.Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan kualiti air dan pemodelan kualiti air sungai ke arah penetapan jumlah maksimum beban harian (Total Maximum Daily Load, TMDL).

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan