Penerangan
Tarikh: 16 -18 Ogos 2022
Tempat: Bilik Mesyuarat Cempaka,JAS,PUTRAJAYA
Tujuan: dianjurkan selaras dengan hala tuju Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam pengurusan kumbahan dan efluen perindustrian untuk meningkatkan kualiti sumber air Negara. Bengkel ini yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Bahagian Air dan Marin JAS Ibu Pejabat telah dihadiri oleh YA Penasihat Undang-Undang KASA serta pegawai-pegawai JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri, manakala kehadiran mesyuarat pula turut dihadiri oleh wakil Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS) dan Bahagian Air dan Pembentungan (BAP) KASA, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Mesyuarat dan bengkel ini juga telah diadakan secara online melalui Google-Meet untuk peserta-peserta dari Sabah dan Sarawak.