Penerangan
8 Disember 2022, MELAKA - Unit Kenderaan Bermotor Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menjalankan operasi kenderaan diesel di Tol Ayer Keroh, Melaka dengan kerjasama Unit Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Gajah pada 7 Disember 2022 yang lalu.
Operasi kali ini memfokuskan penguatkuasaan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Maklumat operasi adalah seperti berikut :-
Ujian visual - 57 buah
Ujian meter - 8 buah
Notis Arahan - 4 Arahan
Kompaun - 2 Kesalahan
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka