Penerangan
8 Disember 2022, MELAKA - Unit pengawasan Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah selesai menjalankan program pengawasan bunyi bising bagi tahun 2022. Dua lokasi yang terlibat adalah Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka bagi mencerap bunyi bising ambien dari pengoperasian Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam dan di Pusat Anak Permata Negara Sungai Udang, Melaka bagi mencerap bunyi bising ambien dari pengoperasian Malaysian Refining Company Sdn. Bhd. (MRCB)
Program pengawasan bunyi bising ini dijalankan berpandukan Guidelines for Environmental Noise Limits and Control terbitan Jabatan Alam Sekitar dengan menggunakan peralatan Sound Level Meter.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasnegerimelaka