Penerangan
13 Disember 2022, MELAKA - Program Anda Kitar, Kami Bayar Perdana (AKKB) telah berlangsung pada 10 Disember 2022 yang lalu bertempat di Dataran Melaka Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengambil bahagian mengadakan pameran dan diantara aktiviti yang telah dijalankan adalah pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) serta kuiz kesedaran alam sekitar. Berikut adalah kutipan sisa yang telah diterima sepanjang program berlangsung :-
E-waste : 481.30kg
Minyak masak terpakai untuk dijadikan biodiesel : 928.0kg
Fabrik : 1,773.0kg
Barangan 3R : 1,618.67kg
Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat memupuk generasi muda dan belia untuk melestarikan alam sekitar. Jabatan ini juga mengalu-alukan sebarang kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka