Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN MAHKAMAH JAS TERENGGANU
KUALA TERENGGANU, 13 DISEMBER 2022: Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Ramli Abd. Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Mahkamah Bil. 2/2022 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, hari ini.
Timbalan Pengarah Zakaria Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Mohd Norli Abdullah dan ahli-ahli Jawatankuasa yang telah dilantik turut hadir.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan kertas siasatan serta mendapatkan status tindakan kes mahkamah oleh pegawai pendakwa Jabatan.