Penerangan
Pasir Gudang, 14 Disember 2022 : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput oleh pihak Petrochemical Sdn Bhd bagi menyampaikan ceramah kesedaran alam sekitar kepada warga kerja mereka. Ceramah ini telah disampaikan oleh En Muhamad Amirul Syafiq Bin Khairuddin, Penolong Pengarah JAS Negeri Johor. Intipati ceramah adalah berkaitan Pelan Kelestarian Alam Sekitar 2020-2030 dan peranan Jabatan Alam Sekitar dalam menjayakan pelan ini. Seramai 20 orang peserta telah terlibat dan pendaftaran RAS juga telah dibuat.