PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN CEMERLANG ULU TIRAM

DOE Johor 19/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN CEMERLANG ULU TIRAM
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/12/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kawasan Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, 14 Disember 2022 :  Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis berasaskan "precision machining" , berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009. Hasil pemeriksaan verifikasi, satu (1) "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan pembetulan pada SPEP. Premis dan perunding diarahkan mengemaskini rekod pemantauan prestasi yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan selain alat pemantauan prestasi tidak lengkap. Premis dinasihatkan untuk menambah Orang Yang Berwibawa bagi memastikan keberadaan OYB sepanjang alat kawalan beroperasi selaras kehendak Peraturan 10(3), PPKAS (Elfuen Perindustrian) 2009 serta dapat memberi fokus sepenuhnya bagi perkara berkaitan alam sekitar. Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan harus dipantau secara keseluruhan bagi memastikan alat kawalan berfungsi secara optimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan