Penerangan
Johor Bahru, 12 DISEMBER 2022 : Pasukan penyelam JAS Negeri Johor telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan ke atas projek pembinaan di Selat Johor bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat Kelulusan Laporan EIA, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dilaksanakan melalui pemeriksaan selaman SCUBA.
Ini merupakan pemeriksaan secara berkala yang telah dirancang oleh Pasukan penguatkuasaan EIA dalam memastikan projek ini tidak menghasilkan pencemaran dalam aktiviti yang dilaksanakan di tapak projek.
Hasil pemeriksaan mendapati pemasangan BMPs 'silt curtain' dipasang dengan baik di kawasan kerja tersebut.
Jabatan ingin menyeru semua tapak binaan untuk tidak menyebabkan berlakunya pencemaran dan pihak Jabatan sentiasa memantau perkara ini dari semasa ke semasa.