Penerangan
TANGKAK, JOHOR, 5 DISEMBER 2022 : JAS Negeri Johor telah menjalankan lawatan kerja ke atas sistem rawatan enapcemar loji rawatan air sedia ada dan tapak pelupusan khas enapcemar yang sedang dalam peringkat pembinaan.
Lawatan tapak yang dijalankan adalah untuk memberi gambaran yang jelas tentang status terkini projek yang sedang dijalankan dan juga menerima maklumbalas terus daripada penggerak projek.
Tapak seluas 12.28 ekar direkabentuk khusus untuk pelupusan enapcemar (SW 204) yang terhasil dari loji-loji rawatan air sekitar Muar dan Tangkak.
Lawatan diketuai oleh Tuan Pengarah JAS Negeri Johor, YBrs Dr. Mohd Famey bin Yusoff bersama Timbalan Pengarah Operasi 2, pegawai-pegawai dari JAS Negeri Johor dan JAS Cawangan Muar.