Penerangan
Bengkel ini telah dihadiri oleh lebih kurang 30 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan, persatuan, syarikat pengimport, industri dan NGO. Manakala lebih kurang 15 orang peserta hadir secara dalam talian yang terdiri daripada pegawai dan pakar dari The World Bank. Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar dan TriEco Edge Sdn. Bhd. perundingan dilantik yang menjalankan kajian soal-selidik dan menyediakan pelan serta strategik bagi KIP di Malaysia bagi mematuhi obligasi di bawah Protokol Montreal.
Tarikh : 28 September 2022
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Hotel Geno, Shah Alam, Selangor