Penerangan
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 29 November 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang berasaskan perabot berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding mengemukakan maklumat yang perlu dilengkapkan pada lukisan "as-built".
Pemeriksaan lapangan mendapati bacaan rekod pemantauan prestasi bagfilter berada diluar julat optimum. Premis dan perunding diarahkan mengemukakan semula Pemberitahuan Bertulis dibawah Peraturan 5, PPKAS (Udara Bersih) 2014 kerana terdapat punca baru yang tidak dinyatakan serta terdapat alat kawalan yang tidak dinyatakan.
Premis diarahkan untuk melantik OYB bagi memastikan terdapat OYB sepanjang SKPU beroperasi.
Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut rekabentuk dan operasi yang dicadangkan.