Penerangan
26 November 2022, Tangkak: Jabatan Alam Sekitar Cawangan Muar telah menyertai Program Friends of River dan Denai Sungai Kebangsaan anjuran Indah Water Konsortium (IWK) Unit Kluang bertempat di Pulau Penarik Sungai Mati, Tangkak.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan seterusnya aktiviti kutip sampah sambil beriadah (KUDAH) di sekitar kawasan Denai Sungai Kebangsaan Pulau Penarik.
Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak IWK (Unit Kluang) yang telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat ini.