Penerangan
Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar, The World Bank dan perunding Tri-EcoEdge Sdn. Bhd. bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak berkepentingan mengenai hasil soal-selidik dan pengumpulan data penggunaan HFC di Malaysia oleh pihak perunding. Selain itu, bengkel ini juga membolehkan pihak perunding dan The World Bank untuk mendapat input berkaitan pelaksanaan projek demontrasi bagi pengurangan penggunaan HFC dalam sektor penyejukbekuan.Bengkel ini diadakan secara hybrid yang dihadiri oleh 26 orang peserta secara fizikal dan 13 orang peserta secara dalam talian. Pihak berkepentingan yang terlibat dalam bengkel ini terdiri daripada agensi kerajaan, persatuan, syarikat pengimport, industri dan NGO yang berkaitan dengan sektor penyejukbekuan.
Tarikh : 7 Oktober 2022
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Hotel Best Western I-City, Shah Alam