Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk JAS 2022
?? Tarikh: 14 Disember 2022 (Rabu)
? Masa: 2.30 - 4.00 Petang
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Cempaka, Aras 3, JAS Ibu Pejabat & Atas talian.
??????? Pengerusi: Pn Mashitah binti Darus, Pengarah (U)
??????? Kehadiran JAS Sabah: TP JR & PP RK
?? Agenda Mesyuarat:
?? Kata Aluan Pengerusi
?? Pengesahan Minit Mesyuarat JKKP Induk Tahun 2016
?? Perbincangan
?? Hal-hal Lain dan Penangguhan Mesyuarat
?? Ringkasan & Laporan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat ini telah dihadiri secara fizikal dan atas talian oleh semua wakil JAS Negeri.
2?? Tujuan mesyuarat adalah mengaktifkan kembali Mesyuarat JKKP Induk yang sudah 6 tahun tidak dapat dijalankan.
3?? Antara isu yang dibincangkan adalah keperluan setiap JAS Negeri untuk mengadakan mesyuarat JKKP sebanyak 4 kali setahun yang dipengerusikan oleh pengarah negeri masing-masing.
4?? Pemeriksaan kesihatan terutama kakitangan berumur 40 tahun dan keatas. Pengerusi mengarahkan agar program pemeriksaan kesihatan diselaraskan oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Ibu pejabat dan Negeri. Pembekalan suntikan vaksin Hepatitis B juga perlu dianjurkan semula. Kali terakhir pemberian vaksin ini adalah pada tahun 2019 yang melibatkan seramai 414 orang pegawai baru pada ketika itu.
5?? Ahli mesyuarat dimaklumkan mengenai Kaedah Penggunaan dan Pemakaian PPE yang telah dimasukkan dalam EQMP seperti ketetapan mesyuarat pada tahun 2016.
6?? Polisi KKP JAS akan dikemaskini oleh jawatankuasa KKP Ibu Pejabat.
7?? JAS Negeri boleh menghubungi DOSH negeri masing-masing untuk mengadakan taklimat mengenai KKP dengan menggunapakai peruntukan mengurus sedia ada.
8?? Sebarang keperluan untuk tujuan keselamatan pekerja boleh/perlu dimohon ke ibu pejabat seperti keperluan PPE khas, kabenit untuk menyimpan Asid (jika perlu), keperluan untuk keselesaan ruang pejabat.