Penerangan
PERBINCANGAN MENGENAI ISU EMP BAGI PROJEK MENAIKTARAF TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL KAYU MADANG BERSAMA PIHAK JPSPN, DBKK & KONTRAKTOR (TERAJU LAKSANA) ???
?? Tarikh: 13 Disember 2022 (Selasa)
? Masa: 2.30 - 4.30 Petang
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Sabah
??????? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Tuan Pengarah JAS Sabah
?? Kehadiran Bersama: KPP(P) YY, PP(K) SJ, PP FM, PPKK SL & PJ MFM
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi membentangkan status pelaksanaan projek di tapak dan membincangkan isu mendapatkan kelulusan dokumen EMP supaya kelulusan dokumen berkenaan dapat dilaksanakan susulan daripada surat yang dikeluarkan oleh JAS Sabah bertarikh 12 Julai 2022 yang mengkehendaki PP mengemaskini dokumen EMP kerana tidak lengkap.
?? Antara perkara yang tidak lengkap merangkumi pernyataan polisi DBKK, komitmen pelaksanaan EMT dan amalan pematuhan kendiri oleh pengurusan tertinggi Teraju Laksana dan DBKK, carta organisasi, keperluan EO, keperluan latihan, perancangan menaiktaraf LTP, teknologi kawalan gas kambus tanah, maklumat penyedia ERP dan lain-lain.
?? Pihak DBKK memaklumkan maklumat-maklumat yang diperlukan di atas akan dikemukakan kepada pihak perunding secepat yang mungkin untuk dimasukkan dalam dokumen EMP sebelum dikemukakan kepada pihak JAS Sabah.
?? Pihak perunding juga diminta untuk merujuk kepada Professional yang menyediakan dokumen LD-P2M2 dan ESCP mengenai cadangan perubahan BMPs yang dimaklumkan dan dokumen berkenaan hendaklah dikemaskini dan dilampirkan bersama dokumen EMP yang dikemukakan kelak.
?? Pihak JPSPN memaklumkan akan terus memantau dan memastikan dokumen EMP yang telah dikemaskini akan dikemukakan kepada pihak JAS dalam kadar yang segera agar pelaksanaan projek tidak tertangguh.