Penerangan
OPERASI STATIK KAWALAN PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN ENJIN DIESEL ANJURAN JAS SABAH DENGAN KERJASAMA BSPT IPD PENAMPANG
13 Disember 2022, Penampang - Seramai 1??1??pegawai JAS Sabah telah menjalankan Ops Statik dengan kerjasama IbuPejabat Polis Daerah Penampang dan lokasi bagi Operasi Statik ini telah dijalankan di Jalan Meruntum, Putatan.
??????????????????????11 pegawai JAS Sabah yang terlibat dengan Ops Statik Daerah Penampang adalah daripada Unit Kenderaan Bermotor, PP Joannes & PJ Arnizam daripada Zon 1, PP Salwana (Zon 2), PJ Adib (Unit OMPT) dan Bhgn Pembangunan terdiri daripada PP(K) Chai, PP Zulfi & PPK Adylina.
Program ini bertujuan untuk memastikan pengawalan pelepasan asap hitam kenderaan berenjin diesel yang dikuatkuasakan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 sentiasa dipatuhi oleh pemilik kenderaan. ??????
Laporan penuh penguatkuasaan Ops Statik di Jalan Meruntum pada hari ini akan dilaporkan oleh Unit Kenderaan Bermotor di Whatsapp Group Rondaan JAS Sabah
Pegawai JAS Sabah & Polis Trafik Daerah Penampang juga telah membantu orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan di tengah jalan semasa Operasi dijalankan. Kenderaan tersebut merupakan sekeluarga dengan ibubapa dan 4 anak kecil ????????di dalam kereta dan dalam keadaan cuaca panas