Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL KAJIAN PENGURUSAN SISA (EFLUEN DAN PEPEJAL) KILANG KELAPA SAWIT DI SABAH
?? Tarikh : 8 Disember 2022
? Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
??Tempat: Wisma IDS, Sabah
Pengerusi : En. Vitalis Moduying (Pengarah JPAS)
Kehadiran JAS Sabah : PP(K) Mardianah Aliska
Kajian ini telah dijalankan oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) melalui Juruperunding yang dilantik iaitu Chemsain Konsultan Sdn. Bhd.
Objektif Kajian
1. Mengenalpasti isu dan mengkaji kaedah pengurusan sisa (efluen dan pepejal) kilang kelapa sawit (POME) di Sabah dan isu alam sekitar semasa yang berdekatan; dan
2. Menghasilkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) yang memberi panduan jelas dan praktikal kepada pihak berkepentingan terutamanya pemilik kilang dalam pelaksanaan, pematuhan dan pengurusan sisa (efluen dan pepejal) kilang kelapa sawit.
Perkara-perkara yang dibincangkan
? Mesyuarat ini telah membentangkan laporan akhir kajian dan garispanduan yang dihasilkan mengenai pengurusan sisa pepejal dan efluen KKS.
?Semua wakil yang hadir dipohon untuk mengemukakan maklumbalas terhadap garispanduan tersebut sebelum diangkat untuk diluluskan oleh KEPKAS.
?JPAS dan Juruperunding menghargai jasa baik JAS Sabah yang telah banyak membantu memberikan input maklumat KKS di negeri Sabah termasuk perkara-perkara berkaitan polisi, istilah dan perundangan AKAS 1974.