Penerangan
MESYUARAT CADANGAN PROJEK KITAR SEMULA TAYAR TERPAKAI OLEH JAPAN ECOLOGY MALAYSIA SDN BHD ??
??? Tarikh: 7 Disember 2022 (Selasa)
?? Masa: 9.30 - 12.00 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat, KKTP, Wisma Innopraise
Pengerusi: Tim SUT, KKTP
??????????????????? Wakil JAS Sabah: KPP (P) Yaras Hj. Yusup
?? Agenda Mesyuarat:
??Perutusan Pengerusi;
??Taklimat projek;
??Perbincangan/Ulasan;
??Hal-hal lain dan penangguhan mesyuarat
?? Ringkasan Input Teknikal dan Maklumat Awal Projek:
??????? Tayar terpakai akan dipotong dlm bentuk tyre chips dan tiada aktiviti pemerolehan minyak melalui proses pyrolisis . Aktiviti TIDAK tertakluk kepada PPKAS(AYDT) 2015, Aktiviti 14(b)(ii) Loji pulihguna / kitar.
??????? Kesemua tyre chips akan dijual di pasaran tempatan sebagai bahan api ke premis yang menggunakan boiler dan burner dalam proses premis tersebut.
??????? Antara premis yang disasarkan ialah kilang janakuasa elektrik dan simen. Memandangkan peralatan AKP hanya melibatkan burner dan boiler serta tidak melibatkan insinerator, tiada keperluan untuk premis ini menghantar EIA baru. Cukup sekadar, permohonan PB AKP & SKPU tersebut.
??????? Lokasi baru tapak yang dicadangkan terletak di penampang dan berada di zon industri. Merujuk kepada garis panduan SZIRA, jarak zon penampan minimum (buffer zone) yang disyorkan bagi lokasi tapak projek adalah 500 meter (0.5 KM) dari kawasan sensitif alam sekitar seperti penempatan penduduk, hospital, sekolah dan lain-lain.
??????? Tayar terpakai akan dikutip dari seluruh sabah. Diharap ini dapat mengelakkan masalah akibat lambakan tayar terpakai seperti pembakaran terbuka dan masalah kesihatan.
??????? JPAS memaklumkan keperluan EIA untuk kerja tanah memandangkan tapak kawasan sedikit cerun dan berbukit.
??????? KKTP dan Majlis Daerah Penampang bersetuju mengenai pelaksanaan projek ini kerana dapat mengatasi masalah lambakan tayar terpakai di seluruh sabah.