PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN DAN LAWATAN CADANGAN PROJEK TAPAK PELUPUSAN SANITARI PEPEJAL BERSEPADU PANTAI BARAT SELATAN SABAH DI KIMANIS, PAPAR

DOE Sabah 19/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENYELARASAN DAN LAWATAN CADANGAN PROJEK TAPAK PELUPUSAN SANITARI PEPEJAL BERSEPADU PANTAI BARAT SELATAN SABAH DI KIMANIS, PAPAR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/12/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

MESYUARAT PENYELARASAN DAN LAWATAN CADANGAN PROJEK TAPAK PELUPUSAN SANITARI PEPEJAL BERSEPADU PANTAI BARAT SELATAN SABAH DI KIMANIS, PAPAR ?? ??? Tarikh: 6 Disember 2022 (Selasa) ?? Masa: 2.00 - 5.00 Petang ?? Tempat: 1. Bilik Mesyuarat, Dewan Masyarakat Papar 2. Kawasan Mandahan, Kimanis ??????????????????? Wakil JAS Sabah: Tuan Pgh ABA, PP FM, PJ RLSK (JAS KK) & PPKK AMP & PJ MKA (JAS Beaufort) ?? Agenda Mesyuarat: ??Perutusan Pengerusi; ??Taklimat sebelum membuat lawatan tapak; ??Perbincangan/Ulasan; ??Hal-hal lain dan penangguhan mesyuarat ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat & Lawatan Tapak: ??????? Cadangan awal projek Tapak Pelupusan Sanitari Sisa Pepejal Bersepadu Pantai Barat Selatan Sabah di Kg. Lumat, Beaufort tidak diteruskan memandangkan Laporan EIA tapak berkenaan tidak diluluskan kerana tapak yang tidak sesuai dan terletak di tanah gambut yang mudah terbakar serta terdedah risiko banjir. ??????? Lokasi baru tapak yang dicadangkan terletak di kawasan Mandahan, Kimanis, Papar yang merupakan tanah tidak bergeran dengan keluasan tanah yang diperuntukkan 145 ekar. Permohonan pemberimilikan tanah masih dalam proses kelulusan kabinet dan pertimbangan oleh District Land Utilisation Committee (LUC). ??????? Berdasarkan lawatan awal tapak, jalan akses masuk melalui jalan Kg. Mandahan dan melalui SK Mandahan dengan jarak melebihi 1 KM. Terdapat sebuah rumah kampung terletak di dalam kawasan tapak projek yang dicadangkan. Merujuk kepada garis panduan SZIRA, jarak zon penampan minimum (buffer zone) yang disyorkan bagi lokasi tapak projek adalah 1000 meter (1 KM) dari kawasan sensitif alam sekitar seperti penempatan penduduk, hospital, sekolah dan lain-lain. ??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 14(b) Sisa Pepejal, (ii) Pembinaan kemudahan tapak penimbusan sanitari, Perintah EIA 2015. Pihak JPSPN telah maklum mengenai keperluan EIA di bawah JAS yang mana Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat di Putrajaya. ??????? Pihak JPSPN dan KKTP Sabah juga telah maklum mengenai keperluan untuk membuat penyelarasan zon tapak yang dicadangkan kepada zon gunatanah yang dikhaskan tapak pelupusan sisa pepejal sebelum Laporan EIA dikemukakan kepada JAS. ??????? Pihak KKTP Sabah dan Majlis Daerah Papar juga dinasihatkan untuk mengenalpasti beberapa option jalan akses masuk ke tapak yang dicadangkan bagi mengelakkan melalui jalan kampung dan sekolah serta mengkaji aktiviti pengurusan sisa pepejal lain yang boleh diintegrasi dengan tapak pelupusan seperti insinerator, loji kitar semula dan lain-lain.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan