Penerangan
9 November 2022 (Rabu), JAS Pulau Pinang telah menganjurkan program kesedaran alam sekitar di Bukit Bendera dan The Habitat Penang Hill bersempena Hari Ozon Sedunia dan Hari Alam Sekitar Negara 2022. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam yang juga merupakan Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS). Program dimulakan dengan taklimat berkenaan penipisan lapisan ozon, alat Refrigerant Indentifier (RI) dan juga berkaitan aktiviti pengawasan. Bukit Bendera telah menerima pengiktirafan dari UNESCO sebagai salah satu Tapak Rizab Biosfera di dunia dan juga merupakan tapak biosfera ketiga di Malaysia