Penerangan
30 November 2022, Mata Ayer - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah dijemput mengadakan pameran sempena Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Panggas.
Antara pengisian program adalah pertandingan mewarna pelajar pra sekolah, persembahan nyayian pelajar, gerai-gerai jualan dan pameran oleh agensi kerajaan iaitu Polis Di Raja Malaysia, Pusat Koreksional Perlis, Perbadanan Perpustakaan Negeri Perlis dan badan bukan kerajaan, Aman-Palestin Cawangan Perlis.
Setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Panggas atas jalinan kerjasama yang diberikan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_november2022