Penerangan
29 November 2022, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Chuping, Rimba Mas dan SMK Dato’ Syeikh Ahmad. Sebanyak dua puluh empat (24) sampel air bawah tanah telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa.
Terdapat empat (4) buah Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di Negeri Perlis. Aktiviti persampelan ini dijalankan bertujuan untuk memantau dan mengawal punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_november2022