Penerangan
23 NOVEMBER 2022, KANGAR – Unit Kenderaan Bermotor telah menjalankan pemeriksaan ke atas empat (4) buah bengkel servis penghawa dingin kenderaan di sekitar kawasan Seriab, Kangar, Perlis. Pemeriksaan dijalankan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pengurusan Refrigeren) 2020, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pemeriksaan kali ini, turut disertai dengan aktiviti kempen kesedaran berkaitan pengurusan refrigeren dan perlindungan lapisan ozon. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penerangan secara bersemuka dan edaran risalah serta maklumat berkaitan mengenali, mengurus dan mengawal bahan kimia dan peralatan yang mengandungi bahan pemusnah lapisan ozon (Ozone Depleting Substances, ODS) kepada pengusaha bengkel dan orang awam.
Semoga kempen seperti ini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan melindungi lapisan ozon demi untuk menjaga alam sekitar kita.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_november2022