Penerangan
8 Disember 2022, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengambil bahagian sebagai pempamer di Hari Terbuka UniKL MICET 2022 pada 7 Disember 2022 yang lalu bertempat di Dewan Lestari, UniKL MICET, Taboh Naning.
Selain mengadakan pameran, Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka turut mempromosikan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS), kuiz kesedaran alam sekitar dan kempen larangan pembakaran terbuka. Jabatan ini mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi penganjuran aktiviti berkaitan Communication, Education and Public Awareness (CEPA) oleh mana-mana pihak yang berminat.
#KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasnegerimelaka