PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS|Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA – CSR MEDIVEST SDN. BHD. PEMBERSIHAN SUNGAI, SUNGAI MELAKA DI RIVER CRUISE, TAMAN REMPAH

DOE Melaka 05/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) 2022 PERINGKAT NEGERI MELAKA – CSR MEDIVEST SDN. BHD. PEMBERSIHAN SUNGAI, SUNGAI MELAKA DI RIVER CRUISE, TAMAN REMPAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
14/12/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

5 DISEMBER, SUNGAI MELAKA – Program Hari Alam Sekitar Negara (HASN) peringkat Negeri Melaka telah diadakan pada 3 Disember 2022 bertempat di Taman Rempah, Sungai Melaka. Program dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka, YB Datuk Zaidi bin Attan dan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Medivest Sdn Bhd, En. Muhammad Firdaus bin Ishak dan Tn. Hj Salman bin Hj. Salim, Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka(PPSPM). Program sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 peringkat Negeri Melaka merupakan anjuran bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, Medivest Sdn. Bhd dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) selaku rakan-rakan strategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka yang bersama-sama menzahirkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun 2022. Diantara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung termasuklah, ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Medivest Sdn. Bhd Encik Muhammad Firdaus bin Ishak,  Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka Encik Rosli bin Mustafa kemudian ucapan perasmian oleh YB Datuk Zaidi  bin Attan. Selain itu, gimik pelancaran, bacaan ikrar Rakan Alam Sekitar, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar, aktiviti senaman regangan badan, KUDAH sepanjang 4.2 km di tebing Sungai Melaka, aktiviti pembersihan sungai Melaka dengan menaiki bot dan berjalan di sepanjang Sungai Melaka, membaling ‘mud ball’ ke dalam sungai dan diakhiri dengan penyerahan anak pokok kepada ahli-ahli RAS sempena kempen ‘1 RAS 1 Pokok’. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang HASN 2022 Peringkat Negeri Melaka ini seperti kudah dan penjagaan anak pokok yang dilaksanakan akan menjadi budaya di kalangan masyarakat Makaysia khusunya di Melaka dalam memastikan kelestarian alam sekitar kerana alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.   #JabatanAlamSekitar #JasMelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama #KementerianSumberAsliAlamSekitardanPerubahanIklim