Penerangan
6 Disember 2022 (Selasa), Satu pembentangan berkenaan kajian Total Maximum Daily Load (TMDL) untuk Sungai Perai telah dibentangkan di dalam mesyuarat yang dipengerusi bersama oleh YB Zairil Khir Johari (EXCO Infrasruktur dan Pengangkutan) dan YB Phee Boon Poh (EXCO Alam Sekitar dan Kebajikan). Pembentangan telah disampaikan oleh pasukan perunding berkenaan kemajuan kerja bagi kajian yang sedang dijalankan. Kajian ini akan mengumpulkan semua data garis dasar bagi semua punca-punca pencemar yang masuk ke Sungai Perai. Data-data pencemar adalah daripada JAS, MBSP, Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan lain-lain.