Penerangan
6 Disember 2022 (Selasa), Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah bt Syed Sahab bersama pegawai-pegawai JAS Pulau Pinang telah menghadiri lawatan tapak cadangan pembangunan projek EIA iaitu cadangan pembangunan pengurusan sisa pepejal berintegrasi melibatkan Materials Recovery Facility, Anaerobic Digester (AD) dan Biogas Harvesting Facility. Cadangan ini meliputi pembangunan baru serta menaiktaraf pada kemudahan sediada di tapak pelupusan sisa pepejal Ampang Jajar, Jalan Permatang Pauh, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang