PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

MAJLIS PELUPUSAN BARANG KES JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN KUALA LUMPUR BIL 2/2022

DOE WP Kuala Lumpur 14/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PELUPUSAN BARANG KES JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN KUALA LUMPUR BIL 2/2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
14/12/2022
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

Kuala Lumpur, 24 November 2022 – Pasukan Operasi dari Unit Punca Tetap Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur yang telah diadakan di balai Polis Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Bin Haji Majinji selain turut dihadiri oleh Timbalan Pendakwaraya dan Magistret Mahkamah Kuala Lumpur. Barang-barang kes yang dilupuskan telah mendapat perintah Pemusnahan atau Pelupusan Barang Kes yang tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593). Barang – barang kes yang dilupuskan terdiri daripada pencetak mudahalih, set komputer, set mesin bitcoin dan barang kes am yang lain seperti pisau, botol arak dan rokok. Pelupusan melibatkan sebanyak 344 Kertas Siasatan dari tahun 2014 sehingga tahun 2022 merangkumi 12,586 barang kes dan anggaran nilai barang rampasan adalah sebanyak RM1,261,941.00. Demi memastikan tiada pencemaran terhadap alam sekitar, kontraktor yang telah dilesenkan dilantik untuk menguruskan pelupusan bagi memastikan barang – barang dilupuskan secara teratur dan selamat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan