PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH

DOE Terengganu 12/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGAWASAN KUALITI AIR TANAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
12/12/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 6 DISEMBER 2022:  Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menjalankan program pengawasan kualiti air tanah di 16 Stesen Pemantauan Kualiti Air Tanah di seluruh negeri ini,  dengan 4 frekuansi persampelan pada setiap stesen. Sebanyak 448 sampel air  tanah, dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia. Program rangkaian pengawasan dan pelaporan kualiti air tanah ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar sejak tahun 1997. Program pengawasan ini dilaksanakan dengan menganalisa sampel air tanah yang diambil secara berkala dan penekanan diberi terhadap parameter-parameter yang dipilih untuk diawasi, contoh  logam-logam berat, anion, racun perosak, jumlah keliatan dan sebagainya. Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh, disamping meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup rakyat melalui langkah-langkah proaktif  di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah  melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan