Penerangan
KUALA TERENGGANU, 7 DISEMBER 2022: Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) bersama seluruh kakitangannya terus mengerakkan dan menjayakan program pengumpulan e-waste bertempat di institusi ini.
E-waste yang dikumpulkan hari ini, dibawa oleh seluruh warga INSTEP dari rumah masing-masing sebagai usaha dan komitmen institusi ini dalam membantu kerajaan menguruskan e-waste dari isirumah mengikut kaedah yang betul dan selamat serta mesra alam.
Syarikat KT Wan Recycle yang mempunyai lesen pengangkut bahan buangan e-waste turut hadir bagi menyediakan tempat pengumpulan dan pengangkutan untuk membawa e-waste tersebut di premis yang dilesesnkan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen dan sokongan institusi ini dalam melestarikan alam sekitar di negeri ini.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama