Penerangan
KOLOKIUM HANDS-ON PEMETAAN DAN PEMPROSESAN IMEJ DRONE
9 Disember 2022, SEREMBAN – Satu kolokium bertajuk "Hands-on Pemetaan dan Pemprosesan Imej Drone" telah diadakan secara fizikal di pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan virtual melalui aplikasi Google Meet
Kolokium ini diadakan bertujuan bagi mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan Pegawai JAS dalam membuat penyusunan dan penyuntingan gambar daripada imej drone yang dirakam terutama untuk kes-kes aduan, penguatkuasaan, siasatan dan penguatkuasaan tapak projek pembangunan secara lebih jelas dan tersusun serta membantu pegawai penguatkuasa JAS melengkapkan laporan siasatan penguatkuasaan dan penyediaan kertas siasatan untuk tindakan mahkamah.