Penerangan
Susulan aduan pencemaran air satu siasatan telah dijalankan oleh Cawangan Kajang , JAS Selangor.
Lembangan: Langat
Tarikh & Masa Pemeriksaan: 3/12/2022 (Sabtu) 3.00pm- 3.30pm
Lokasi : Lengkok Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
- lawatan pemeriksaan sempena Ops Gempur Air JAS Negeri Sembilan.
- premis menjalankan kerja membaikpulih komponen aerospace TUDM.
- Semasa siasatan memdapati premis tidak beroperasi Sabtu dan Ahad.
- Petugas keselamatan mengiringi pasukan untuk menjalankan pemantauan di sekitar kawasan premis.
- Keadaan sekitar mendapati tiada sebarang unsur pencemaran air (minyak/ sabun) dikesan di premis.
- Secara keseluruhan, premis patuh AKAS 1974.
Satu Nots Field Citation dikeluarkan ke atas premis bagi memastikan pematuhan AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 dan Peraturan dibawahnya. Peringatan juga diberikan agar tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dipremis.
Pemantauan diteruskan disekitar KAWASAN PERINDUSTRIAN NILAI bagi mengesan sebarang kehadiran unsur pencemaran air. Beberapa longkang awam di hadapan industri dipilih secara rawak dan daripada pemerhatian dan ujian bau tidak menemui unsur pencemaran air.
Analisa pemerhatian di hulu alir sungai Kawasan Industri Nilai mendapati keadaan baik dan tiada bau seakan sabun/pencuci dikesan.