Penerangan
KUALA TERENGGANU, 6 DISEMBER 2022: Pengarah Jabatan alam Sekitar Negeri Terengganu, Ramli Abd. Rahman, telah mempengerusikan “MESYUARAT EIATRC” bagi cadangan projek perlombongan di daerah Dungun, Terengganu.
Mesyuarat telah dihadiri oleh panel pengulas daripada agensi teknikal yang merupakan ahli jawatankuasa EIATRC.
Pemaju projek bersama jururunding alam sekitar berdaftar yang dilantik telah membentangkan laporan cadangan projek EIA berkenaan.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada impak alam sekitar dan mitigasi pencegahan dan kawalan di peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi kepada persekitaran dan orang awam.
Penilaian ini dapat membantu dalam mengenal pasti, meramal dan menilai impak cadangan pembangunan bagi mencegah, mengawal, mengurangkan pencemaran serta memperincikan langkah-langkah kawalan sebelum laporan EIA ini diluluskan oleh JAS.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu