Penerangan
PENAHANAN OPERASI KELENGKAPAN (POK) TERHADAP SEBUAH PREMIS BAHAN PENCUCI DI NILAI, NEGERI SEMBILAN
7 Disember 2022, NILAI - Bertindak atas aduan (dan intipan yang dilakukan sejak 3 Disember susulan aduan pencemaran sungai Batang Benar Yang mengakibatkan penutupan henti tugas Loji Rawatan Air Tampoi Dan LOji Rawatan Air Semenyih) , satu siasatan penguatkuasaan telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) ke atas sebuah premis membuat bahan pencuci yang disyaki melepaskan efluen berbuih ke dalam longkang dan seterusnya mengalir ke Sungai Batang Benar.
Sehubungan dengan itu, tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127 telah dikenakan ke atas premis tersebut bagi tujuan siasatan selanjutnya.
Adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan - Peraturan di bawahnya.