PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PAMERAN KARNIVAL KESIHATAN & KESELAMATAN TAHUN 2022

DOE Negeri Sembilan 14/12/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PAMERAN KARNIVAL KESIHATAN & KESELAMATAN TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
14/12/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

PAMERAN KARNIVAL KESIHATAN & KESELAMATAN TAHUN 2022 29 - 30 NOVEMBER 2022, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menyertai Karnival Kesihatan & Keselamatan Tahun 2022 yang dianjurkan oleh Nexperia Malaysia Sdn Bhd yang bertempat di Nexperia Malaysia, Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Program ini turut dihadiri wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Perkeso, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, dan kakitangan Nexperia Sdn Bhd. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan dan Kesedaran telah mengadakan pameran berkenaan kesedaran alam sekitar yang bermatlamat untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan edaran risalah yang mengandungi info kepentingan menjaga alam sekitar dan mengenai Pengumpulan Buangan Elektrik Dan Elektronik (E-WASTE).Selain itu, pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka bersempena dengan program ini. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sentiasa komited dalam menyokong usaha-usaha pihak sektor swasta di negeri ini di dalam kempen menerapkan budaya pemuliharaan alam sekitar. #KementerianAlamSekitardanAir #JabatanAlamSekitar #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan