PREMIS DIDENDA DI MAHKAMAH SESYEN 4 DI SEREMBAN ATAS TIGA PERTUDUHAN
7 Disember 2022, SEREMBAN - Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukum ke atas sebuah premis pyrolisis tayar terpakai yang didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
Premis mengaku bersalah pada 7 Disember 2022 ke atas pertuduhan yang dibacakan dan dijatuhkan hukuman denda keseluruhan sebanyak RM 60,000.00 iaitu pertuduhan Pertuduhan Pertama - Sek 34A, AKAS 1974 - tiada Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi aktiviti pyrolisis tayar terpakai, Pertuduhan Kedua - Per. 5(1)(c), PPKAS (UB) 2014 - tiada notifikasi bagi kebuk pembakaran dan Pertuduhan Ketiga - Per. 7(1), PPKAS (UB) 2014 - tiada Sistem Kawalan Pencemaran Udara (SKPU) yang dipasang.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan tidak akan berkompromi terhadap penjenayah yang melakukan sebarang jenis pencemaran alam sekitar. Sebarang aduan boleh hubungi di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#jasn9
#AlamSekitarTanggungjawabBersama