Penerangan
29-30 Ogos 2022, Kuala Lumpur - Ops Gempur Merdeka JASWPKL Bil. 8/2022 telah dilaksanakan bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS, 1974) dan Peraturan-peraturan di bawahnya ke atas premis-premis yang bermasalah dan seringkali mempunyai kes aduan pencemaran alam sekitar yang berulang di WPKL dan Putrajaya. Ops Gempur pada kali ini lebih menumpukan kepada pematuhan operasi oleh punca-punca tetap (kilang dan bengkel) dan loji-loji pengolahan kumbahan.
JASWPKL sentiasa beriltizam untuk memastikan bahawa setiap premis sentiasa mematuhi AKAS, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas yang sewajarnya.
Pelaksanaan Ops Gempur Merdeka ini melibatkan semua pegawai dan anggota penguatkuasaan JASWPKL dengan mengikut SOP dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).