Penerangan
Sesi ceramah berkaitan kesedaran alam sekitar telah diadakan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Kenyalang, Kuching pada 5 Disember 2022. Ceramah dihadiri kira-kira 300 orang pelajar sekolah dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan para pelajar tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.