Penerangan
PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS (FGD) KAJIAN PELAN TINDAKAN PEMBETUNGAN NEGARA- WILAYAH SABAH
?? Tarikh: 29 November 2022 (Selasa)
? Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: The Magellan Sutera Resort
?? Anjuran: KASA
??????? Ucapan aluan : TSUT Kementerian Kerja Raya, Ir. Edward Lingkapo
???? Wakil JAS Sabah: PP(K) RD
?? Ringkasan Laporan:
??Bahagian Perkhidmatan Air & Pembetungan, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melantik Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air (IPASA), UTM sebagai pakar bagi menjalankan ”Kajian Pelan Tindakan Pembetungan Negara” bermula 15 Sept 2022 selama 12 bulan.
??Tujuan kajian adalah untuk menilai semula dasar dan hala tuju sektor industri perkhidmatan pembetungan sedia ada dan seterusnya menggubal satu pelan tindakan yang komprehensif di peringkat negeri selari dengan Transformasi Sektor Air 2040 dan Dasar Air Negara.
??Kajian ini merangkumi:
i) Dasar dan Tadbir Urus
ii) Kemampanan Kewangan
iii) Teknologi, Perkhidmatan dan Liputan
iv) Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA).
??Objektif kajian:
1. Mengenalpasti isu, permsalahan, jurang dan cabaran dalam industri pembetungan negara
2.Mengkaji dan mencadangkan kerangka dasar kebangsaan dan pelan tindakan yang komprehensif
3. Mengkaji struktur tadbir urus dan amalan terbaik
4.Menyediakan satu pelan tindakan pembetungan negara.
??Para peserta yang terdiri daripada JPPS, PBT, JAS, JPAS telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk membincangkan/ memberi input berkaitan/ulasan mengikut tajuk yang telah ditetapkan oleh urusetia.
??Wakil JAS telah berkongsi berhubung status kualiti air marin yang merosot disebabkan oleh pencemaran kumbahan terutama di pulau-pulau peranginan yang perlu diambil perhatian oleh semua pihak terllibat.