Penerangan
SESI LIBAT URUS BERSAMA JAS NEGERI BERKAITAN PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) SKIM PENDAFTARAN JURURUNDING EIA DAN JURUAUDIT ALAM SEKITAR
?? Tarikh: 29 November 2022 (Selasa)
? Masa: 9.30 Pagi - 4.00 Petang
?? Tempat: Secara Hibrid (Bilik Kenanga, JAS IP & Aplikasi Google Meet)
???? Pengerusi: YBrs. Puan Pengarah Bahagian Penilaian
??????? Wakil JAS Sabah: PP FM
?? Ringkasan Laporan Sesi Libat Urus:
?? Sesi Libat Urus bersama JAS Negeri ini diadakan untuk membincangkan cadangan penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Skim Pendaftaran Jururunding EIA dan Juruaudit Alam Sekitar di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
?? Draf PTO Skim Pendaftaran Jururunding EIA dan PTO Skim Pendaftaran Juruaudit Alam Sekitar telah dibangunkan oleh Jururunding yang telah dilantik iaitu Enviro Enhance Sdn. Bhd. (EESB)
?? Antara penambahbaikan yang dicadangkan hasil perbincangan antara pihak EESB dengan Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat termasuklah mewujudkan pendaftaran bagi ketua perunding dan firma perunding, keperluan untuk pakar subjek menghadiri kursus induksi dan lulus pensijilan jururunding, dan lain-lain.
?? Secara kesimpulannya, input dan komen kebanyakan JAS Negeri termasuk JAS Sabah adalah memastikan PTO yang dibangunkan tidak membebankan kepada pihak sekretariat di JAS Ibu Pejabat yang terlibat melaksanakan pendaftaran bagi kedua-dua skim Jururunding dan Juruaudit berkenaan dan memastikan PTO ini boleh digunapakai sebagai panduan kepada prosedur kerja serta memudahcara tadbir urus skim pendaftaran dengan adanya penyelarasan.