Penerangan
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perlis 2022 telah dilaksanakan dengan pelbagai aktiviti menarik bermula awal Oktober 2022 sehingga acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perlis yang telah diadakan pada 3 November 2022 bertempat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis Kampus Arau.
Syabas dan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis dan semua rakan strategik serta para peserta yang telah terlibat dalam menjayakan semua aktiviti. Di harapkan kerjasama erat ini dapat diteruskan lagi pada masa depan demi menjaga alam sekitar yang kita cintai. “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_november2022