PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG

DOE Johor 30/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN & PEMERIKSAAN VERIFIKASI SISTEM PENGOLAHAN EFLUEN PERINDUSTRIAN (SPEP) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/11/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 2 November 2022 : Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis berasaskan penapisan minyak, berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS) (Efluen Perindustrian) 2009. Hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi, tawaran kompaun sebanyak RM 16,000 dan dua (2) "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan pembetulan pada SPEP. Premis dan perunding diarahkan mengemukakan semula Pemberitahuan Bertulis dibawah Peraturan 4, PPKAS (Efluen Perindustrian kerana terdapat punca baru yang tidak dinyatakan serta rekod pemantauan prestasi tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan selain alat pemantauan prestasi tidak berfungsi. Premis dinasihatkan untuk menambah Orang Yang Berwibawa bagi memastikan keberadaan OYB sepanjang alat kawalan beroperasi selaras kehendak Peraturan 10(3), PPKAS (Elfuen Perindustrian) 2009. Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan harus dipantau secara keseluruhan bagi memastikan alat kawalan berfungsi secara optimum.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan