PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS GEMPUR BIL. 11/2022 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 29/11/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS GEMPUR BIL. 11/2022 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

OPS GEMPUR BIL. 11/2022 JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN 21-23 November 2022, SEREMBAN – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 11/2022. Operasi Gempur ini memfokuskan kepada pematuhan Premis Yang Bukan Ditetapkan di seluruh Negeri Sembilan. Operasi ini melibatkan seramai 16 pegawai penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan JAS Cawangan Kuala Pilah yang dibahagikan kepada 5 pasukan. Sebanyak 27 premis telah diperiksa dengan dua belas (12) Notis Arahan dan tiga belas (13) Kompaun. Sebanyak 5 persampelan rasmi efluen diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia utk dianalisa. Tindakan selanjutnya,setelah menerima hasil keputusan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Malaysia. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan